Followers- Be my friends

Wednesday, May 12, 2010

fistula in ano- jangan pandang ringan




Sudah lama suamiku menanggung penyakit ini, dan sudah 3 kali pembedahan dilakukan.
Kali nie , kami pergi lagi untuk mendapatkan pandangan pakar lain tentang penyakit tersebut, dan buat pertama kalinya sejak tahun 2006 barulah aku tahu nama penyakit tersebut dan punca-punca penyakit tersebut. Terima kasih kepada Dr. Razipah kerana bersungguh-sungguh menerangkan tentang punca, kaedah rawatan dan risiko penyakit tersebut.

Maklumat lain di dapati daripada sumber internet...

Fistula in ano ialah bukaan kecil yang tidak normal terletak berhampiran dengan anus di mana ketidakselesaan sering timbul pada seseorang yang menggidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anal dan kulit luar.


Punca :

Kebanyakan fistula bermula dari kelenjar dalam di dinding anus atau rektum.Kemudian air najis akan masuk ke dalam kelenjer tersebut dan akan menghasilkan nanah. Apabila nanah semakin banyak , maka satu jalan lain akan terhasil ( seperti terowong ) sehingga ke permukaan kulit luar.

Kadang-kadang fistula merupakan akibat dari pengeluaran nanah pada 
abses anorektal, dan mungkin disebabkan menggaru, mencukur, terkena jangkitan "rambut" atau sembelit. 
Tetapi kalau mengikut kronologi penyakit suamiku, dia mengalami sembelit 12 tahun yang lalu, sehingga setiap kali hari raya terpaksa dihantar ke wad kecemasan akibat terlebih makan.Mula-mula ingatkan penyakit buasir, tetapi apabila berjumpa Dr buat kali pertama dikata ada ulser di dlm bahagian usus.

Simptom :
Kulit luar yang berhampiran dengan anus akan membentuk bengkak kecil ( seperti bisul) kemudian pecah dan akan mengeluarkan nanah.

Jenis rawatan :

1). Belah dan picit - sudah 3 kali dilakukan dlm sejak 2006 lagi...tidak berkesan kerana ia sentiasa mengeluarkan nanah sepanjang masa.Rawatan ini agak leceh kerana dr akan membuang semua bahagian daging yang bernanah dan lubangnya adalah sebesar duit syiling 50 sen, kemudian akan disumbat dengan kain sepanjang hampir 5 meter untuk menyerap nanah dan darah yang berkumpul di dalam lubang tersebut. Jika lubang tersebut tersumbat, maka bengkak seperti bisul akan kembali..dan kesakitannya boleh mencederakan orang lain ( naik hantu )...maka nanah akan sentiasa mengalir sehingga ke akhir hayat.

2) Fistulotomy
  - Dr melalukan pemotongan terbuka untuk tahap rendah fistula ( jika fistula berada di bawah paras salur anal).

3) Seton
    - Kedudukan fistula berada di atas saluran anal... ( seperti suamiku 8.5 cm ) maka dr akan memasukkan benang  dan diikat di antara kulit yang telah berlubang dan saluran anus ( dubur ).Benang tersebut akan memotong daging secara perlahan-lahan sehingga kedudukan fistula itu berada di bawah paras salur anal. Proses penukaran benang akan berlaku 2 minggu sekali. Ini untuk mengelakkan daya kemutan bahagian kawalan najis tidak terjejas. Setelah berada dibawah kaedah fistulotomy akan dilakukan.